komunikasidanpemasaran

Saturday 14 April 2012

BAHASA DAN UNSUR SOSIAL: DALAM ASPEK PEMASARAN


1.0       Pengenalan
Penulis memfokuskan kepada penggunaan bahasa dan unsur sosial dalam aspek pemasaran. Secara umumnya, bahasa memainkan peranan penting untuk mempengaruhi pemikiran manusia. Bahasa dan masyarakat mempunyai hubungan erat antara satu sama lain dan ianya sudah lama disedari oleh ahli linguis. Menurut Halliday (1978), pernah menjelaskan bahawa “language is a product of social process.” 

1.1       Tujuan
Melihat keberkesanan bahasa yang digunakan oleh penjual dalam mempromosi barangan tertentu. Kaedah retorik juga akan dilihat melalui pengamatan bahasa yang digunakan oleh penjual untuk menarik minat pelanggan. Dengan menggunakan kaedah retorik maka pelangan akan tertarik atau terpengaruh dengan barang belian.

1.2       Permasalahan
Perbincangan ini akan memfokuskan kepada penggunaan bahasa dan unsur sosial yang digunakan dalam salah satu laman sosial yang popular pada masa kini iaitu facebook. Dalam hal ini akan melihat implikasi hubungan antara bahasa dan masyarakat iaitu seorang penjual yang dapat mempengaruhi orang ramai khususnya pembeli dengan lebih berkesan. Kajian retorik juga diaplikasikan bagi melihat keberkesanan bahasa dalam berkomunikasi antara dua pihak (penjual dan pembeli). Selain itu juga memberikan efek keberkesanan dengan menggunakan kata-kata yang persuasif.

1.3       Alat kajian
Pengkaji akan mengedarkan borang kaji selidik secara rawak antara mahasiswa Universiti Brunei Darussalam. Selain itu, beberapa temubual akan dijalankan untuk mendapatkan maklumat dan pendapat orang ramai mengenai pemasaran di facebook.

2.0              Pendahuluan
Simbol atau pesan verbal adalah semua jenis simbol yang menggunakan satu kata atau lebih. Bahasa dapat juga dianggap sebagai sistem kode verbal (Deddy Mulyana, 2005). Bahasa dapat didefinisikan sebagai seperangkat simbol, dengan aturan untuk mengkombinasikan simbol-simbol tersebut, yang digunakan dan dipahami suatu komunitas.

Jalaluddin Rakhmat (1994), mendefinisikan bahasa secara fungsional dan formal. Secara fungsional, bahasa diartikan sebagai alat yang dimiliki bersama untuk mengungkapkan gagasan. Ia menekankan dimiliki bersama, karena bahasa hanya dapat dipahami bila ada kesepakatan di antara anggota-anggota kelompok sosial untuk menggunakannya. Secara formal, bahasa diartikan sebagai semua kalimat yang terbayangkan, yang dapat dibuat menurut peraturan tatabahasa.

Penggunaaan bahasa berkait rapat dengan komunikasi. Komunikasi ialah satu proses dua hala diantara penyampai dan penerima dalam proses perkongsian maklumat, idea, nilai dan perasaan. Proses menyampaikan mestilah  secara jelas dan mendengar secara aktif. Komunikasi yang berkesan adalah satu kemahiran hubungan kemanusiaan yang memainkan peranan penting dalam hubungannya antara manusia dengan manusia untuk meyampaikan kelancaran dan kejelasan idea dan objektif.

Terdapat  dua jenis komunikasi yang berlangsung iaitu komunikasi verbal dan non-verbal. Komunikasi verbal ialah satu proses komunikasi yang memerlukan maklumbalas serta percakapan untuk menyampaikan maklumat lengkap kepada penerima.

Komunikasi non-verbal ialah proses komunikasi di mana maklumat disampaikan tanpa menggunakan kata-kata (nonverbal). Istilah non-verbal biasanya digunakan untuk melukiskan semua peristiwa komunikasi di luar kata-kata terucap dan tertulis. Secara teoritis komunikasi nonverbal dan komunikasi verbal dapat dipisahkan. Namun dalam kenyataannya, kedua jenis komunikasi ini saling jalin menjalin, saling melengkapi dalam komunikasi yang kita lakukan sehari-hari. Misalnya menggunakan gambar atau visual, eksperesi wajah, warna, simbol-simbol, penggunaan objek seperti pakaian, potongan rambut dan sebagainya.

Dalam proses komunikasi ini memerlukan kaedah tertentu dan salah satunya ialah penggunaan bahasa persuasif. Bahasa persuasif ialah bahasa yang yang mengandungi ciri-ciri pemujukan agar pendengar atau pembaca mengikut kehendak yang dimahukan penulis atau pendengar. Komunikasi persuasif juga dikenali sebagai bahasa pujukan. Secara ringkas, bahasa pujukan ialah bahasa yang bertujuan untuk mempengaruhi pemikiran serta keyakinan pihak pendengar agar mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan oleh pemujuk (sama ada secara lisan atau tulisan).

3.0              DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian pengkaji dapat meneliti konteks dalam facebook. Konteks ialah tempat berlangsungnya komunikasi dan hubungan sosial di antara individu-individu yang berkomunikasi dengan menentukan penggunaan sesuatu laras bahasa samada berbentuk intim, kasual dan formal. Walau bagaimanapun konteks didalam dalam facebook masih berbentuk kasual, formal dan bersifat sehala tetapi tidak bersemuka.

Dalam facebook, konteks komunikasinya lebih bersifat kasual dan bersahaja. Selain itu juga, lebih bersifat intim selalunya diantara penjual dengan teman karibnya. Maka akan terjadi komunikasi yang lebih efektif kerana memiliki pengalaman bersama, ini akan lebih memudahkan lagi komunikasi tersebut. Bentuk komunikasinya pula lebih kepada berbentuk dua hala iaitu antara penjual dan pembeli. Selain itu pengkaji juga mendapati komunikasi non-verbal juga memainkan peranan penting dalam pemasaran seperti visual yang menarik bagi menarik perhatian pembeli-pembeli dalam facebook sekaligus memberi efek yang berkesan.

Dalam dapatan kajian yang telah dibuat, pengkaji telah mendapati bahawa untuk memasarkan barang-barang jualan memerlukan proses komunikasi yang bijak serta permainan alat-alat visual yang menarik untuk menarik pelanggan. Dengan penggunaan komunikasi yang bijak akan menjadikan satu proses komunikasi itu berlangsung dengan lebih efektif. Terdapat beberapa faktor-faktor penyebab komunikasi yang efektif yang dapat dilihat dalam facebook

 1.      Mempunyai kemahiran tentang barangan jualan
Penjual mestilah mengetahui akan keperihalan tentang barang yang akan dijualnya. Hal ini penting untuk menjawab keraguan pembeli tentang sesuatu barang yang hendak dibeli. Jika penjual tidak mengetahui akan keperihalan sesuatu barang maka komunikasi itu akan menjadi bermasalah dan jual beli itu akan berakhir dengan kegagalan. Misalnya :



Dalam gambar ini menunjukkan bahawa penjual mengetahui tentang apa yang hendak dijualnya. Misalnya penjual tahu tentang jalan cerita atau sinopsis mengenai drama tersebut. Ini kerana agar pembeli mengetahui jalan cerita sesebuah drama itu sebelum menempah. Penjual juga menyertakan harga serta sarikata yang dimuatkan dalam cekera padat tersebut. Oleh itu, pembeli mengetahui serba sedikit mengenai DVD itu dan senang untuk memperolehinya.

 2.      Mengetahui istilah-istilah yang hendak disampaikan
Dalam melariskan jualan melibatkan istilah-istilah atau perbendaharaan kata tertentu misalnya dalam tekstil, penjual harus mengetahui istilah-istilah seperti cotton, sutera, chiffon, sari atau jenis-jenis tudung seperti Shawl, Pashmina, Wool, Syria, Hijab dan sebagainya atau barangan kereta seperti Rem Sport, Exhaust, Spoiler. Misalnya,


Seperti gambar yang tertera di atas kita boleh lihat gambar sebiji kek. Penjual menggunakan istilah yang tertentu sebagai contoh kek, chocolate, brownies, mud chocolate dan sebagainya. Sebagai contoh pembeli mahukan kek vico tetapi penjual beranggapan bahawa kek vico adalah kek chocolate. Hal ini akan membuatkan komunikasi yang berlawanan. 


       


      Sama juga seperti gambar yang seterusnya istilah seperti hair straightening, hair curl, hair steam, hair cut dan sebagainya adalah istilah bagi perniagaan salon. Kedua-dua gambar tersebut menunjukkan bahawa istilah ini mestilah diketahui agar dapat memenuhi kehendak pembeli. Jika sekiranya istilah seperti itu tidak mengetahui maka akan terjadinya interpretasi yang berbeza.

 3.     Penggunaan representasi semantik yang betul
Dalam berkomunikasi sesebuah makna yang hendak disampikan amat penting. Apalagi melibatkan komunikasi dua hala. Apa yang dapat diperhatikan dalam pemasaran facebook penggunaan semantik yang bijak dapat mempengaruhi sesebuah penjualan itu. Selain itu barang-barang yang dijual diterangkan dengan lebih terperinci dan mudah di fahami. Makna yang disampaikan mestilah terang dan nyata dan mudah difahami agar tidak ada kesalahfahaman antara penjual dan pembeli. Selain itu gunakan bahasa yang mudah dan tepat. Biasanya dalam konteks di Negara Brunei Darussalam bahasa yang mudah difahami adalah Bahasa Melayu Standard atau Dialek Melayu Brunei. Dalam pemerhatian pengkaji kebanyakkan penjual facebook di Brunei lebih banyak menggunakan Dialek Melayu Brunei, Bahasa Melayu Standard dan sebahagiannya Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam facebook. Contoh: penggunaan bahasa Melayu, penggunaan bahasa Inggeris, penggunaan lebih satu bahasa atau lebih dikenali bilingual juga terdapat dalam facebook iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.


Penggunaan representasi semantik yang betul akan membuatkan urusan jual beli menjadi mudah dan senang untuk difahami. Dalam penelitian kami, penjual di Facebook kerap menggunakan ayat yang senang dan ringkas agar semantik (makna) sampai kepada pembeli. Kita boleh lihat gambar diatas tentang penjualan nasi lemak. Yang mana penjual menggunakan kata yang mudah contoh perkataan $1.80 each serta menyediakan tempat perjumpaan dan no telefon yang hendak dihubungi.



Gambar yang seterusnya adalah berkaitan dengan bahasa pengantar yang digunakan oleh penjual dan pembeli seperti bahasa Inggeris. Di sini kita boleh lihat kesemua info yang disampaikan menggunakan bahasa Inggeris.


Dalam gambar ini memperlihatkan komunikasi antara penjual dan pembeli menggunakan dialek Melayu Brunei dalam urusan jual beli. Disini kita dapat perhatikan juga mereka, menggunakan bahasa bilingual iaitu dialek Melayu Brunei dan Inggeris untuk berkomunikasi.

 4.      Idea-idea yang digunakan dalam memperincikan barang-barang dijual berkohesi dan berkoheran
Ayat-ayat dalam menerangkan barang yang hendak jual diterangkan secara terperinci. Selain itu juga ayat-ayat yang digunakan mestilah berkohesi dan berkoheran. Dengan erti kata lain, ayat-ayat yang digunakan mestilah berkesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.



Seterusnya idea-idea yang digunakan dalam memperincikan barang-barang dijual hendaklah berkohesi dan berkoheran. Ini bermaksud idea-idea atau hal yang ingin disampaikan hendaklah berkesinambungan dan berkaitan antara satu dengan yang lain. Sebagai contoh sahaja idea mengenai penjualan kain. Penjual menyertakan sekeping gambar dan memberikan maklumat lanjut mengenai gambar tersebut. Contohnya jenis kain iaitu chiffon, berapa meter ukurannya, syarat-syarat untuk membeli dan menempah, harga sehelai kain serta warnanya. Di sini kita boleh lihat idea yang disampaikan berurutan dan mudah untuk pembeli memahami jenis sebenar kain tersebut.


Gambar seterusnya mengenai penjualan DVD yang mana dapat dilihat penjual memberikan tajuk cerita, harga, genre, episod, sarikata, pelakon-pelakon dan sinopsis iaitu jalan cerita drama tersebut. Ini menunjukkan ada kohesi dan koheran dalam menyampaikan idea.

 5.      Komunikasi non-verbal memainkan peranan penting dalam facebook
Penggunaan visual seperti warna dan gambar memainkan peranan penting dalam penjualan barang di dalam facebook. Ini bertujuan untuk menarik perhatian pembeli supaya membeli barang-barang tersebut. Warna yang terang dan jelas akan menarik perhatian pengguna facebook untuk membelinya.



Komunikasi non-verbal juga salah satu faktor penyumbang kepada keberkesanan dalam aspek jual beli. Sering kali kita melihat penjual menghiasi barangan dengan variasi warna yang menarik dalam mempromosikan barangan serta cara mengambil gambar barangan tersebut. Seseorang yang pandai memainkan pelbagai warna sering kali mendapat tarikan yang cukup banyak berbanding dengan menggunakan warna yang kelam. Hal ini boleh dilihat dalam gambar diatas yang mana penjual menggunakan warna yang banyak untuk menarik pelanggan. Dengan itu, warna memainkan peranan yang amat penting dalam komunikasi antara penjual dan pembeli. Pembeli akan merasa tertarik dan menimbulkan perasaan yang ingin tahu lebih mendalam mengenai barangan tersebut.


Gambar berikutnya melihatkan kekreatifan dalam mempromosikan jualannya. Iaitu memasukkan kepelbagaian imej dan menyatukan kesemuanya menjadi satu gambar yang menarik. Selain itu, penjual juga memasukkan info-info yang mudah difahami beserta kepelbagaian gaya tulisan.

6.      Mementingkan aspek etika iaitu dalam aspek kesantunan
Dalam hal ini, hubungan yang baik dan mesra antara penjual dan pembeli adalah penting. Seorang penjual harus memberi perhatian dan berfikiran terbuka dalam hal pemasaran di facebook. Tindak balas yang mesra akan membuat seseorang pembeli itu lebih selesa  untuk berkomunikasi. Walaupun komunikasi dalam laman ini tidak memerlukan kontak mata, atau gaya tubuh tetapi dengan kata-kata yang mesra boleh memainkan peranan yang efektif. Misalnya,



Seterusnya gambar ini menunjukkan hubungan yang mesra antara penjual dan pembeli misalnya dalam komen:
Pembeli: ok ,tq cant wait jua kan merasa ah. P hmm tunggu terima ah.ehehe..
Penjual: eheheh..  ok sis..

Selain itu maklum balas daripada pembeli juga sangat penting, maka seorang penjual yang baik dan berfikiran terbuka akan menerima pujian dan kritikan daripada pembeli. Ini adalah penting bagi seorang penjual untuk membuat yang lebih baik dan memperbaiki kelemahan dalam pemasaran. Selalunya komunikasi ini dapat dilihat selepas jual beli dijalankan. Sila lihat komen-komen berikut,

Imej ini ada menunjukkan ciri-ciri pujian seperti:-
pembeli: nyummeyhh!! its all mine.eheheh..
penjual: yeah dats yours. Ani aku kan jalan jap pastu baru ku antar arh mu. Btw, wasabi?
Yes? Kicap no?

Selain itu, janji dalam aspek pemasaran juga adalah penting. Perjanjian akan dilakukan setelah disahkan antara dua pihak. Mereka akan membuat satu perjanjian untuk melakukan perjumpaan. Iaitu dimana tempat perjumpaan, jam dan tarikh akan ditetapkan. Maka janji yang tepat amat diperlukan oleh penjual mahupun pembeli. contoh,

  
Kedua-dua gambar ini memperlihatkan penjual menentukan tempat pertemuan, jam dan juga no telifon. Penjual juga mengenakan bayaran extra bagi pengantaran yang di luar kawasan yang ditentukan.

Dengan menepati faktor-faktor yang disebutkan, kesan komunikasi itu akan lebih menampakkan efektif dan berkesan. Maka aktiviti pemasaran akan berlangsung dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, jika salah satu faktor-faktor ini kurang maka komunikasi akan berakhir dengan kegagalan atau kurang berjaya dan berkemungkinan pemasaran tidak akan berkesan dan boleh memberikan intepretasi yang berbeza. Contoh,


Info yang seterusnya tidak jelas. Misalnya: penjual mengiklankan lovely chiffon and exclusive washable border. Tetapi pengkaji mendapati pembeli tidak memahami seperti (lihat dalam komen):

Pembeli: is it chiffon? Macam tabal kain nya ah..btw, whats is the exact colour? Thank you
Penjual: dear chinta, bkan chiffon and its washable exclusive cotton glamour ramai order this lovely material.
Ini menunjukkan representasi semantiknya tidak sampai kepada pembeli dan pembeli dengan itu membuat interpretasi yang salah.


Apakah pendapat awda? Adakah bajunya kah?? Seluarnya kah?? atau model tersebut yang berharga $23. Terpulang lah kepada awda untuk memberikan interpretasi. Oleh itu, setiap info yang ingin disertakan hendaklah jelas dan mudah untuk difahami agar tidak berlakunya kesalahfahaman antara pembeli dan penjual.


3.2     CIRI-CIRI LINGUISTIK DALAM KOMUNIKASI PEMASARAN

1.      Penggunaan bahasa Persuasif
Bahasa persuasif memainkan peranan penting dalam memujuk pelanggan untuk membeli barangan yang dipamerkan dan juga mampu mengubah persepsi pengguna. Dalam hal ini banyak cara penjual untuk menyakinkan pelanggannya. Dari hasil kaji selidik yang telah dibuat telah didapati penjual memilih kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea yang lebih dikenali sebagai diksi. Contoh-contoh penggunaan perkataannya seperti:

     1)      Buy more get 10% percent discount
     2)      Jualan murah
     3)      Setengah harga
     4)      Buy 10 get 1 free
     5)      Great deal
     6)      50% discount



Imej ini memperlihatkan penjual cuba untuk menyakinkan pelanggan dengan menunjukkan kesan barangan yang dijualnya. Contoh kata yang menyakinkan seperti:
Eat plenty of real food while losing fat.

Selain itu juga, penjual cuba menyakinkan dengan menyatakan hasil keputusan kaji selidik mengenai ubat tersebut seperti:
based on research by Dr Cahill& Dr Blackburn.



Gambar ini menunjukkan cara untuk memujuk pelanggan membeli dengan menyatakan “buy 1 for $4 and buy 3 for $10. You can mix with dangling pins and tudung express”.

2.      Penggunaan Kata Tanya
Dalam analisis terdapat kata tanya dalam komunikasi facebook. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan disertai patikel –kah. Penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:

i.        Di bwh a2 apa? Brownies kah?
ii.      Brapa ringt ni f mnta buatkn? Saiznya mcm mana?
iii.    Yaaa thats yoursss, ani aku kan jln jap pastu baru ku antar rh mu. Btw wasabi? Yes?
       Kicap no?

3.      Penggunaan Kata Seru
Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah oh, eh, wah, aduh. Penggunaanya dalam ayat adalah seperti berikut:

i.        Wow lawaa!!
ii.      Cantikk eyh kain ah!!

4.      Penggunaan Ayat Perintah
Ayat perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh kata perintah ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:

i.         Pls inbox me ur detail to confirm ya, tq

Perkataan pls yang bermaksud sila merujuk kepada ayat perintah iaitu penjual memberi arahan kepada pembeli untuk memberi keterangan peribadi ke dalam inbox penjual.

ii.       Inbox me now!!
iii.      Please do drop by at saloon tq.


4.0     KESIMPULAN

Komunikasi adalah satu proses penyampaian maksud atau mesej oleh individu kepada individu lain yang melibatkan pembentukan mesej, penghantaran mesej, penerimaan mesej, pentafsiran dan pemberian makna mesej. Komunikasi terbahagi kepada dua iaitu verbal dan non-verbal. Walaupun komunikasi dilakukan dalam facebook, ia juga penting dalam menyampaikan representasinya yang bermakna. Tujuannya untuk menghasilkan satu proses dua hala di antara penyampai dengan penerima dengan efektif. Terdapat faktor-faktor yang memyebabkan sesebuah pemasaran itu berjaya iaitu mempunyai kemahiran tentang barangan jualan, mengetahui istilah-istilah yang hendak disampaikan, penggunaan representasi semantik yang betul, idea-idea yang digunakan dalam memperincikan barang-barang dijual berkohesi dan berkoheran, komunikasi non-verbal memainkan peranan penting dalam facebook dan mementingkan aspek etika iaitu dalam aspek kesantunan serta ciri-ciri linguistik juga dilihat dan dikaji.