1.0 Pengenalan
Penulis memfokuskan kepada penggunaan bahasa dan unsur
sosial dalam aspek pemasaran. Secara umumnya, bahasa memainkan peranan penting
untuk mempengaruhi pemikiran manusia. Bahasa dan masyarakat mempunyai hubungan
erat antara satu sama lain dan ianya sudah lama disedari oleh ahli linguis.
Menurut Halliday (1978), pernah menjelaskan bahawa “language is a product of social process.”
1.1 Tujuan
Melihat keberkesanan bahasa yang digunakan oleh penjual
dalam mempromosi barangan tertentu. Kaedah retorik juga akan dilihat melalui
pengamatan bahasa yang digunakan oleh penjual untuk menarik minat pelanggan.
Dengan menggunakan kaedah retorik maka pelangan akan tertarik atau terpengaruh
dengan barang belian.
1.2 Permasalahan
Perbincangan ini akan memfokuskan kepada penggunaan
bahasa dan unsur sosial yang digunakan dalam salah satu laman sosial yang
popular pada masa kini iaitu facebook.
Dalam hal ini akan melihat implikasi hubungan antara bahasa dan masyarakat
iaitu seorang penjual yang dapat mempengaruhi orang ramai khususnya pembeli
dengan lebih berkesan. Kajian retorik juga diaplikasikan bagi melihat
keberkesanan bahasa dalam berkomunikasi antara dua pihak (penjual dan pembeli).
Selain itu juga memberikan efek keberkesanan dengan menggunakan kata-kata yang
persuasif.
1.3 Alat
kajian
Pengkaji akan mengedarkan borang kaji selidik secara
rawak antara mahasiswa Universiti Brunei Darussalam. Selain itu, beberapa
temubual akan dijalankan untuk mendapatkan maklumat dan pendapat orang ramai
mengenai pemasaran di facebook.
2.0
Pendahuluan
Simbol
atau pesan verbal adalah semua jenis simbol yang menggunakan satu kata atau
lebih. Bahasa dapat juga dianggap
sebagai sistem kode verbal (Deddy Mulyana, 2005). Bahasa dapat didefinisikan
sebagai seperangkat simbol, dengan aturan untuk mengkombinasikan simbol-simbol
tersebut, yang digunakan dan dipahami suatu komunitas.
Jalaluddin Rakhmat (1994), mendefinisikan bahasa secara
fungsional dan formal. Secara fungsional, bahasa diartikan sebagai alat yang
dimiliki bersama untuk mengungkapkan gagasan. Ia menekankan dimiliki bersama,
karena bahasa hanya dapat dipahami bila ada kesepakatan di antara
anggota-anggota kelompok sosial untuk menggunakannya. Secara formal, bahasa
diartikan sebagai semua kalimat yang terbayangkan, yang dapat dibuat menurut
peraturan tatabahasa.
Penggunaaan bahasa
berkait rapat dengan komunikasi. Komunikasi ialah satu proses dua hala diantara
penyampai dan penerima dalam proses perkongsian maklumat, idea, nilai dan
perasaan. Proses menyampaikan mestilah
secara jelas dan mendengar secara aktif. Komunikasi yang berkesan adalah
satu kemahiran hubungan kemanusiaan yang memainkan peranan penting dalam
hubungannya antara manusia dengan manusia untuk meyampaikan kelancaran dan
kejelasan idea dan objektif.
Terdapat dua jenis komunikasi yang berlangsung iaitu
komunikasi verbal dan non-verbal. Komunikasi verbal ialah satu proses
komunikasi yang memerlukan maklumbalas serta percakapan untuk menyampaikan
maklumat lengkap kepada penerima.
Komunikasi non-verbal
ialah proses komunikasi di mana maklumat disampaikan tanpa menggunakan
kata-kata (nonverbal). Istilah non-verbal
biasanya digunakan untuk melukiskan semua peristiwa komunikasi di luar
kata-kata terucap dan tertulis. Secara teoritis komunikasi nonverbal dan
komunikasi verbal dapat dipisahkan. Namun dalam kenyataannya, kedua jenis
komunikasi ini saling jalin menjalin, saling melengkapi dalam komunikasi yang
kita lakukan sehari-hari. Misalnya menggunakan gambar atau visual, eksperesi wajah,
warna, simbol-simbol, penggunaan objek seperti pakaian, potongan rambut dan
sebagainya.
Dalam proses
komunikasi ini memerlukan kaedah tertentu dan salah satunya ialah penggunaan
bahasa persuasif. Bahasa persuasif ialah bahasa yang yang mengandungi ciri-ciri
pemujukan agar pendengar atau pembaca mengikut kehendak yang dimahukan penulis
atau pendengar. Komunikasi persuasif juga dikenali sebagai bahasa pujukan. Secara
ringkas, bahasa pujukan ialah bahasa yang bertujuan untuk mempengaruhi
pemikiran serta keyakinan pihak pendengar agar mempercayai sesuatu perkara yang
diperkatakan oleh pemujuk (sama ada secara lisan atau tulisan).
3.0
DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan kajian
pengkaji dapat meneliti konteks dalam facebook.
Konteks ialah tempat berlangsungnya komunikasi dan hubungan sosial di
antara individu-individu yang berkomunikasi dengan menentukan penggunaan
sesuatu laras bahasa samada berbentuk intim, kasual dan formal. Walau
bagaimanapun konteks didalam dalam facebook
masih berbentuk kasual, formal dan bersifat sehala tetapi tidak bersemuka.
Dalam facebook,
konteks komunikasinya lebih bersifat kasual dan bersahaja. Selain itu juga,
lebih bersifat intim selalunya diantara penjual dengan teman karibnya. Maka
akan terjadi komunikasi yang lebih efektif kerana memiliki pengalaman bersama,
ini akan lebih memudahkan lagi komunikasi tersebut. Bentuk komunikasinya pula
lebih kepada berbentuk dua hala iaitu antara penjual dan pembeli. Selain itu
pengkaji juga mendapati komunikasi non-verbal juga memainkan peranan penting
dalam pemasaran seperti visual yang menarik bagi menarik perhatian
pembeli-pembeli dalam facebook sekaligus
memberi efek yang berkesan.
Dalam dapatan kajian
yang telah dibuat, pengkaji telah mendapati bahawa untuk memasarkan
barang-barang jualan memerlukan proses komunikasi yang bijak serta permainan
alat-alat visual yang menarik untuk menarik pelanggan. Dengan penggunaan
komunikasi yang bijak akan menjadikan satu proses komunikasi itu berlangsung
dengan lebih efektif. Terdapat beberapa faktor-faktor penyebab komunikasi yang
efektif yang dapat dilihat dalam facebook.
1.
Mempunyai kemahiran tentang barangan jualan
Penjual mestilah
mengetahui akan keperihalan tentang barang yang akan dijualnya. Hal ini penting
untuk menjawab keraguan pembeli tentang sesuatu barang yang hendak dibeli. Jika
penjual tidak mengetahui akan keperihalan sesuatu barang maka komunikasi itu
akan menjadi bermasalah dan jual beli itu akan berakhir dengan kegagalan. Misalnya :
Dalam gambar ini menunjukkan bahawa penjual mengetahui tentang apa yang hendak dijualnya. Misalnya penjual tahu tentang jalan cerita atau sinopsis mengenai drama tersebut. Ini kerana agar pembeli mengetahui jalan cerita sesebuah drama itu sebelum menempah. Penjual juga menyertakan harga serta sarikata yang dimuatkan dalam cekera padat tersebut. Oleh itu, pembeli mengetahui serba sedikit mengenai DVD itu dan senang untuk memperolehinya.
2.
Mengetahui istilah-istilah yang hendak disampaikan
Dalam melariskan
jualan melibatkan istilah-istilah atau perbendaharaan kata tertentu misalnya
dalam tekstil, penjual harus mengetahui istilah-istilah seperti cotton, sutera,
chiffon, sari atau jenis-jenis tudung seperti Shawl, Pashmina, Wool, Syria,
Hijab dan sebagainya atau barangan kereta seperti Rem Sport, Exhaust, Spoiler. Misalnya,
Seperti
gambar yang tertera di atas kita boleh lihat gambar sebiji kek. Penjual
menggunakan istilah yang tertentu sebagai contoh kek, chocolate, brownies, mud
chocolate dan sebagainya. Sebagai contoh pembeli mahukan kek vico tetapi
penjual beranggapan bahawa kek vico adalah kek chocolate. Hal ini akan
membuatkan komunikasi yang berlawanan.
Sama juga seperti gambar yang seterusnya istilah seperti hair straightening, hair curl, hair steam, hair cut dan sebagainya adalah istilah bagi perniagaan salon. Kedua-dua gambar tersebut menunjukkan bahawa istilah ini mestilah diketahui agar dapat memenuhi kehendak pembeli. Jika sekiranya istilah seperti itu tidak mengetahui maka akan terjadinya interpretasi yang berbeza.
3.
Penggunaan representasi semantik yang betul
Dalam berkomunikasi
sesebuah makna yang hendak disampikan amat penting. Apalagi melibatkan
komunikasi dua hala. Apa yang dapat diperhatikan dalam pemasaran facebook penggunaan semantik yang bijak
dapat mempengaruhi sesebuah penjualan itu. Selain itu barang-barang yang dijual
diterangkan dengan lebih terperinci dan mudah di fahami. Makna yang disampaikan
mestilah terang dan nyata dan mudah difahami agar tidak ada kesalahfahaman
antara penjual dan pembeli. Selain itu gunakan bahasa yang mudah dan tepat.
Biasanya dalam konteks di Negara Brunei Darussalam bahasa yang mudah difahami
adalah Bahasa Melayu Standard atau Dialek Melayu Brunei. Dalam pemerhatian
pengkaji kebanyakkan penjual facebook di
Brunei lebih banyak menggunakan Dialek Melayu Brunei, Bahasa Melayu Standard
dan sebahagiannya Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam facebook. Contoh: penggunaan bahasa
Melayu, penggunaan bahasa Inggeris, penggunaan lebih satu bahasa atau lebih
dikenali bilingual juga terdapat dalam facebook
iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Penggunaan representasi semantik yang betul akan membuatkan urusan jual beli menjadi mudah dan senang untuk difahami. Dalam penelitian kami, penjual di Facebook kerap menggunakan ayat yang senang dan ringkas agar semantik (makna) sampai kepada pembeli. Kita boleh lihat gambar diatas tentang penjualan nasi lemak. Yang mana penjual menggunakan kata yang mudah contoh perkataan $1.80 each serta menyediakan tempat perjumpaan dan no telefon yang hendak dihubungi.
Gambar yang seterusnya adalah berkaitan dengan bahasa pengantar yang digunakan oleh penjual dan pembeli seperti bahasa Inggeris. Di sini kita boleh lihat kesemua info yang disampaikan menggunakan bahasa Inggeris.
Dalam gambar ini memperlihatkan komunikasi antara penjual dan pembeli menggunakan dialek Melayu Brunei dalam urusan jual beli. Disini kita dapat perhatikan juga mereka, menggunakan bahasa bilingual iaitu dialek Melayu Brunei dan Inggeris untuk berkomunikasi.
4.
Idea-idea yang digunakan dalam memperincikan
barang-barang dijual berkohesi dan berkoheran
Ayat-ayat dalam
menerangkan barang yang hendak jual diterangkan secara terperinci. Selain itu
juga ayat-ayat yang digunakan mestilah berkohesi dan berkoheran. Dengan erti
kata lain, ayat-ayat yang digunakan mestilah berkesinambungan antara satu
perenggan dengan perenggan yang lain.
Seterusnya idea-idea yang digunakan dalam memperincikan barang-barang dijual hendaklah
berkohesi dan berkoheran. Ini bermaksud idea-idea atau hal yang ingin
disampaikan hendaklah berkesinambungan dan berkaitan antara satu dengan yang
lain. Sebagai contoh sahaja idea mengenai penjualan kain. Penjual menyertakan
sekeping gambar dan memberikan maklumat lanjut mengenai gambar tersebut.
Contohnya jenis kain iaitu chiffon, berapa meter ukurannya, syarat-syarat untuk
membeli dan menempah, harga sehelai kain serta warnanya. Di sini kita boleh
lihat idea yang disampaikan berurutan dan mudah untuk pembeli memahami jenis
sebenar kain tersebut.
Gambar seterusnya mengenai penjualan DVD yang mana dapat dilihat penjual memberikan tajuk cerita, harga, genre, episod, sarikata, pelakon-pelakon dan sinopsis iaitu jalan cerita drama tersebut. Ini menunjukkan ada kohesi dan koheran dalam menyampaikan idea.
5. Komunikasi
non-verbal memainkan peranan penting dalam facebook
Penggunaan visual
seperti warna dan gambar memainkan peranan penting dalam penjualan barang di
dalam facebook. Ini bertujuan untuk menarik perhatian pembeli supaya membeli
barang-barang tersebut. Warna yang terang dan jelas akan menarik perhatian
pengguna facebook untuk membelinya.
Komunikasi non-verbal juga salah satu faktor penyumbang kepada keberkesanan dalam aspek jual beli. Sering kali kita melihat penjual menghiasi barangan dengan variasi warna yang menarik dalam mempromosikan barangan serta cara mengambil gambar barangan tersebut. Seseorang yang pandai memainkan pelbagai warna sering kali mendapat tarikan yang cukup banyak berbanding dengan menggunakan warna yang kelam. Hal ini boleh dilihat dalam gambar diatas yang mana penjual menggunakan warna yang banyak untuk menarik pelanggan. Dengan itu, warna memainkan peranan yang amat penting dalam komunikasi antara penjual dan pembeli. Pembeli akan merasa tertarik dan menimbulkan perasaan yang ingin tahu lebih mendalam mengenai barangan tersebut.
Gambar berikutnya melihatkan kekreatifan dalam mempromosikan jualannya. Iaitu memasukkan kepelbagaian imej dan menyatukan kesemuanya menjadi satu gambar yang menarik. Selain itu, penjual juga memasukkan info-info yang mudah difahami beserta kepelbagaian gaya tulisan.
6.
Mementingkan aspek etika iaitu dalam aspek kesantunan
Dalam hal ini, hubungan
yang baik dan mesra antara penjual dan pembeli adalah penting. Seorang penjual
harus memberi perhatian dan berfikiran terbuka dalam hal pemasaran di facebook. Tindak balas yang mesra akan
membuat seseorang pembeli itu lebih selesa
untuk berkomunikasi. Walaupun komunikasi dalam laman ini tidak
memerlukan kontak mata, atau gaya tubuh tetapi dengan kata-kata yang mesra boleh
memainkan peranan yang efektif. Misalnya,
Seterusnya gambar ini menunjukkan hubungan yang mesra antara penjual dan pembeli misalnya dalam komen:
Pembeli: ok ,tq cant wait jua kan merasa ah. P hmm tunggu terima ah.ehehe..
Penjual: eheheh.. ok sis..
Selain itu maklum
balas daripada pembeli juga sangat penting, maka seorang penjual yang baik dan
berfikiran terbuka akan menerima pujian dan kritikan daripada pembeli. Ini
adalah penting bagi seorang penjual untuk membuat yang lebih baik dan
memperbaiki kelemahan dalam pemasaran. Selalunya komunikasi ini dapat dilihat
selepas jual beli dijalankan. Sila lihat komen-komen berikut,
Imej ini ada menunjukkan ciri-ciri
pujian seperti:-
pembeli: nyummeyhh!! its all mine.eheheh..
penjual: yeah dats yours. Ani aku kan jalan jap pastu baru ku antar arh mu. Btw,
wasabi?
Yes?
Kicap no?
Selain itu, janji
dalam aspek pemasaran juga adalah penting. Perjanjian akan dilakukan setelah
disahkan antara dua pihak. Mereka akan membuat satu perjanjian untuk melakukan
perjumpaan. Iaitu dimana tempat perjumpaan, jam dan tarikh akan ditetapkan.
Maka janji yang tepat amat diperlukan oleh penjual mahupun pembeli. contoh,
Kedua-dua gambar ini memperlihatkan penjual menentukan tempat pertemuan, jam dan juga no telifon. Penjual juga mengenakan bayaran extra bagi pengantaran yang di luar kawasan yang ditentukan.
Dengan menepati
faktor-faktor yang disebutkan, kesan komunikasi itu akan lebih menampakkan
efektif dan berkesan. Maka aktiviti pemasaran akan berlangsung dengan lebih
baik. Walau bagaimanapun, jika salah satu faktor-faktor ini kurang maka
komunikasi akan berakhir dengan kegagalan atau kurang berjaya dan berkemungkinan
pemasaran tidak akan berkesan dan boleh memberikan intepretasi yang berbeza. Contoh,
Info yang seterusnya tidak jelas. Misalnya: penjual mengiklankan lovely chiffon and exclusive washable border. Tetapi pengkaji mendapati pembeli tidak memahami seperti (lihat dalam komen):
Pembeli: is it chiffon? Macam
tabal kain nya ah..btw, whats is the exact colour? Thank you
Penjual: dear chinta, bkan
chiffon and its washable exclusive cotton glamour ramai order this lovely
material.
Ini menunjukkan representasi
semantiknya tidak sampai kepada pembeli dan pembeli dengan itu membuat
interpretasi yang salah.
Apakah pendapat awda? Adakah bajunya kah?? Seluarnya kah?? atau model tersebut yang berharga $23. Terpulang lah kepada awda untuk memberikan interpretasi. Oleh itu, setiap info yang ingin disertakan hendaklah jelas dan mudah untuk difahami agar tidak berlakunya kesalahfahaman antara pembeli dan penjual.
3.2 CIRI-CIRI LINGUISTIK DALAM KOMUNIKASI PEMASARAN
1.
Penggunaan bahasa Persuasif
Bahasa persuasif
memainkan peranan penting dalam memujuk pelanggan untuk membeli barangan yang
dipamerkan dan juga mampu mengubah persepsi pengguna. Dalam hal ini banyak cara
penjual untuk menyakinkan pelanggannya. Dari hasil kaji selidik yang telah dibuat
telah didapati penjual memilih kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan
idea yang lebih dikenali sebagai diksi. Contoh-contoh penggunaan perkataannya
seperti:
1) Buy more get 10% percent discount
2) Jualan murah
3) Setengah harga
4) Buy 10 get 1 free
5) Great deal
6) 50% discount
Imej ini memperlihatkan
penjual cuba untuk menyakinkan pelanggan dengan menunjukkan kesan barangan yang
dijualnya. Contoh kata yang menyakinkan seperti:
Eat
plenty of real food while losing fat.
Selain itu juga, penjual cuba
menyakinkan dengan menyatakan hasil keputusan kaji selidik mengenai ubat
tersebut seperti:
based on research by Dr
Cahill& Dr Blackburn.
Gambar ini menunjukkan cara
untuk memujuk pelanggan membeli dengan menyatakan “buy 1 for $4 and buy 3 for $10. You can mix with dangling pins and
tudung express”.
2.
Penggunaan Kata Tanya
Dalam analisis
terdapat kata tanya dalam komunikasi facebook.
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau
menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa,
berapa, bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian
daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam
bentuk tulisan disertai patikel –kah.
Penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:
i.
Di bwh a2 apa? Brownies kah?
ii.
Brapa ringt ni f mnta buatkn? Saiznya mcm mana?
iii.
Yaaa thats yoursss, ani aku kan jln jap pastu baru ku
antar rh mu. Btw wasabi? Yes?
Kicap no?
3.
Penggunaan Kata Seru
Kata seru ialah bentuk
kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat
seruan. Contoh kata seru ialah oh, eh,
wah, aduh. Penggunaanya dalam ayat adalah seperti berikut:
i.
Wow lawaa!!
ii.
Cantikk eyh
kain ah!!
4.
Penggunaan Ayat Perintah
Ayat perintah ialah
perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah,
arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh kata perintah ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong
dan harap. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:
i.
Pls inbox me
ur detail to confirm ya, tq
Perkataan pls yang bermaksud sila merujuk kepada
ayat perintah iaitu penjual memberi arahan kepada pembeli untuk memberi
keterangan peribadi ke dalam inbox penjual.
ii.
Inbox me now!!
iii.
Please do drop
by at saloon tq.
4.0 KESIMPULAN
Komunikasi adalah satu proses penyampaian maksud atau
mesej oleh individu kepada individu lain yang melibatkan pembentukan mesej,
penghantaran mesej, penerimaan mesej, pentafsiran dan pemberian makna mesej.
Komunikasi terbahagi kepada dua iaitu verbal dan non-verbal. Walaupun
komunikasi dilakukan dalam facebook, ia juga penting dalam menyampaikan
representasinya yang bermakna. Tujuannya untuk menghasilkan satu proses dua
hala di antara penyampai dengan penerima dengan efektif. Terdapat faktor-faktor
yang memyebabkan sesebuah pemasaran itu berjaya iaitu mempunyai kemahiran
tentang barangan jualan, mengetahui istilah-istilah yang hendak disampaikan,
penggunaan representasi semantik yang betul, idea-idea yang digunakan dalam
memperincikan barang-barang dijual berkohesi dan berkoheran, komunikasi
non-verbal memainkan peranan penting dalam facebook
dan mementingkan aspek etika iaitu dalam aspek kesantunan serta ciri-ciri linguistik juga dilihat dan dikaji.